Pages

Thursday, May 13, 2010

Intelligent Toys


TARIKH: 20 Mac 2010 (Sabtu)


SASARAN PESERTA: Kanak-kanak berumur 7-12 tahun


OBJEKTIF:

  • Mempelajari konsep imbangan melalui permainan ini


PENILAIAN: Secara Keseluruhannya permainan ini mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada pengunjung kanak-kanak. Mereka begitu gembira dan tekun ketika bermain. Permainan ini menguji sejauh mana kanak-kanak dapat memahami konsep imbangan dan mereka juga berusaha supaya menara tidak jatuh. Peserta yang menjatuhkan menara tadi akan didenda oleh petugas perpustakaan.


PEMENANG: Tiada

Jom Main Puzzle

TARIKH: 19 Mac 2010 (Jumaat)


SASARAN PESERTA: Kanak-kanak berumur 7-12 tahun


OBJEKTIF:

  • Melatih peserta agar berusaha serta berfikir menyelesaikan gambar tersebut.
  • Memupuk semangat kerjasama dan tolak ansur dikalangan peserta.
  • Memenuhi masa terluang kanak-kanak serta menarik mereka untuk terus berkunjung ke perpustakaan.


PENILAIAN: Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan peserta begitu seronok dan berusaha dengan cepat untuk menghabiskan puzzle tersebut.


PEMENANG: Tiada


GAMBAR AKTIVITI


Mini Book (Grouping)


TARIKH: 17 Mac 2010 (Rabu)

SASARAN PESERTA: Kanak-kanak berumur 10-12 tahun


OBJEKTIF:

  • Merangsang daya kreativiti kanak-kanak dan menggalakkan perkembangan minda mereka


PENILAIAN: Para peserta dibahagikan dalam kumpulan. Para peserta diberikan tunjuk ajar dalam menghasilkan buku mini yang menarik. Mereka kelihatan tekun dalam menyiapkan tugasan dalam kumpulan masing-masing. Secara keseluruhannya, aktiviti ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.


PEMENANG

Tempat Pertama : Kump. 2nur (Nur Hidayah & Nurul Atiqah)

Tempat Kedua : Kump. 2 Gendol (Ikmal & Najiha)

Tempat Ketiga : Kump. Tiger Gold (M. Israf Rifqi & Azmiral)

Saguhati : Kump. 2 Budak Nakal (Mohd Nor Aiman & Muhd Nur

Ikram)


GAMBAR AKTIVITI


Wednesday, May 12, 2010

Colors Caterpillars Paper Crafts

TARIKH: 15 Mac 2010 (Isnin)


SASARAN PESERTA: Kanak-kanak berumur 7-12 tahun


OBJEKTIF:

  • Merangsang daya kreativiti kanak-kanak dan menggalakkan perkembangan minda setiap individu


PENILAIAN: Para peserta dibahagikan dalam kumpulan. Petugas memberikan tunjuk ajar dalam menghasilkan beluncas dan diikuti oleh para peserta. Mereka kelihatan tekun dalam menyiapkan tugasan dalam kumpulan.


PEMENANG: Tiada


GAMBAR AKTIVITI:


Peraduan Alih Tulisan Jawi ke Rumi

TARIKH: 28 Februari 2010 (Ahad)


SASARAN PESERTA: Belia


OBJEKTIF

  • Menguji kebolehan para peserta dalam mengalih tulisan jawi
  • Membudayakan tulisan jawi di kalangan para belia


PENILAIAN: Para peserta diberikan petikan bertulisan jawi dan mereka diminta untuk mengalihkan tulisan tersebut ke dalam tulisan rumi. Walaupun aktiviti ini kurang mendapat sambutan daripada para belia namun ia dapat dijalankan dengan lancar


PEMENANG: Nor Syafiqah binti Abdul Latif


GAMBAR AKTIVITI:



Bijak Jawi



TARIKH: 28 Februari 2010 (Ahad)


SASARAN PESERTA: Kanak-kanak berumur 7-12 tahun


OBJEKTIF

  • Menggalakkan kanak-kanak mempelajari tulisan jawi di samping membudayakannya sebagai salah satu warisan bangsa


PENILAIAN: Secara keseluruhannya aktiviti ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang agak menggalakan daripada pengunjung perpustakaan. Peserta diberi soalan silangkata jawi untuk di selesaikan.


PEMENANG

Tempat Pertama : Nor Izzati Amira binti Nor Izzuddin

Tempat Kedua : Nur Afiqa Syahirah binti Mohd Nizam


GAMBAR AKTIVITI



Pull Along Dragon


TARIKH:
20 Februari 2010 (Sabtu)


SASARAN PESERTA: Kanak-kanak berumur 7-12 tahun


OBJEKTIF:

  • Merangsang daya kreativiti kanak-kanak dan menggalakkan perkembangan minda mereka


PENILAIAN: Para peserta dibahagikan dalam kumpulan. Petugas menunjukkan demonstrasi dalam menghasilkan naga dan diikuti oleh para peserta. Mereka kelihatan tekun dalam menyiapkan tugasan.


PEMENANG: Tiada


GAMBAR AKTIVITI


Permainan Dam Ular Gergasi


TARIKH:
6 Februari 2010 (Sabtu)


SASARAN PESERTA: Terbuka


OBJEKTIF

  • Memberi kanak-kanak merasai permainan baru dan berlainan dalam merangsang perkembangan otak setiap individu


PENILAIAN: Tapak dam dibentangkan di lantai. Para peserta perlu mencampakkan dadu yang disediakan dan mereka perlu menapak mengikut jumlah yang ditunjukkan oleh dadu tersebut. Para peserta kelihatan seronok memainkan permainan ini.


PEMENANG:

Tempat Pertama : Najwa Asilah binti M. Shamsuddin

Tempat Kedua : Mohd Nor Aiman bin Hamdan

Tempat Ketiga : Mohd Nor Ikmal bin Zulzee


GAMBAR AKTIVITI



Animals Families And Their Homes

TARIKH: 30 Januari 2010 (Sabtu)

SASARAN PESERTA: Kanak-kanak berumur 7-12 tahun

OBJEKTIF:
  • Membantu kanak-kanak mengenal pelbagai jenis haiwan di muka bumi dan habitat haiwan berkenaan.

PENILAIAN: Para peserta diminta menyusun kad yang mempunyai gambar binatang dengan pasangan serta tempat tinggal. Selepas habis menyusun mereka dikehendaki menyebut semua nama binatang yang mereka susun dengan sebutan Bahasa Inggeris yang betul. Secara keseluhannya para peserta berjaya menyusun kad binatang tersebut dengan betul tetapi kebanyakannya gagal untuk menyebut nama binatang tersebut dengan betul. Petugas perpustakaan mengajar peserta menyebut nama binatang2 dengan betul di akhir aktiviti tersebut.

PEMENANG: Tiada

Super Game: Don’t BUZZ the Wire

TARIKH: 29 Januari 2010 (Jumaat)


SASARAN PESERTA: Kanak-kanak berumur 7-12 tahun


OBJEKTIF:

  • Memupuk daya konsentrasi dan kawalan minda kanak-kanak

PENILAIAN: Para peserta begitu tekun serta menumpukan perhatian terhadap permainan yang sedang dimainkan.


PEMENANG: Tiada